![]() |
KESIAPSIAGAAN ATM |
Lebih menyedihkan, gugurnya perwira negara di medan tempur menjadi bukti bahawa keamanan yang dikecapi negara pada hari ini sentiasa
Kita sedar pengganas yang menceroboh itu (tentera Kiram) tidak berada dalam radar kita, ini merupakan satu pengajaran kepada ATM. Jadi disebabkan itu perancangan pembangunan keupayaan strategik kita perlu ubah yang mana sebelum ini ATM memfokuskan kepada ancaman berbentuk konvensional.
Insiden serangan itu sekaligus 'mengejutkan ATM daripada tidur' yang selama ini kurang memberi fokus kepada ancaman sedemikian yang kini menjadi kenyataan.
Beliau berkata ATM akan membuat beberapa pengubahsuaian dalam pelan itu bagi memastikan ancaman pengganas Kiram tidak lagi berulang, dan tidak menjejaskan pelan asal pembangunan keupayaan ATM.
Ops Daulat yang disertai ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi pengganas menjadi platform terbaik buat ATM mengkaji ancaman di tahap rendah itu bagi dimasukkan ke dalam pelan pembangunan keupayaan strategik ATM, katanya.
Kita memerlukan beberapa sistem yang canggih dan lebih mantap, dan satu daripadanya ialah helikopter tempur. Sekiranya kita memiliki helikopter tempur ini semasa Ops Daulat mungkin kita tidak perlu mengarahkan anggota kita masuk ke kawasan operasi. Jadi kita perlu kaji semula semua perkara ini.
Pecerobohan di Lahad Datu, yang meragut 10 nyawa anggota keselamatan negara itu, secara langsung telah memberikan tamparan hebat kepada semua agensi penguatkuasa negara yang dipertanggungjawab mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman musuh.
Ekoran kejadian itu, kerajaan telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkasa setiap agensi keselamatan yang diberi tanggungjawab untuk mempertahankan sempadan pantai timur Sabah.
Dari peristiwa yang berlaku ini, sedikit sebanyak memahami bahawa ATM sentiasa memandang serius terhadap kedaulatan negara.
Sekian dari saya Zeroday
0 Comments